Rumah Tamu Pelangi Homestay (RTPHS) terletak di bandar Kuantan, Pahang, Malaysia di pinggiran jalinan jalan utama Kuantan dengan KL, JB, Melaka, dan lain-lain. Merupakan rumah teres setingkat berkeluasan 900kps dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Terletak berhampiran 7-Eleven (ATM - AMBG), Klinik, Klinik Gigi, Pos Mini, Kedai Roti, Kafe Siber, Mini market, Restoran, dan Warung.
Lokasi
Rumah tamu Pelangi Homestay berdekatan dengan Masjid Permatang Badak (200m), medan selera Taman Sepakat (300m), restoran (100m), klinik, kedai 24 jam, dobi, pos mini, (100m). Jarak ke Bukit Gambang Resort City (BGRC) hanyalah sekitar 20 minit berkenderaan manakala untuk ke Medan Selera Tanjung Lumpur cuma mengambil masa 15 minit.
Kemudahan & Kelengkapan
Dilengkapi dengan kemudahan ruang tamu, ruang makan, serta ruangan dapur kering tersedia dengan dapur microwave dan periuk elektrik. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara bagi bilik tidur utama, manakala di ruang tamu serta setiap bilik tidur juga dilengkapi dengan kipas siling. Kelengkapan lain yang turut disediakan kepada tetamu ialah:
- TV LCD 32"
- ASTRO Decoder (sila bawa kad ASTRO anda sendiri)
- PERCUMA WiFi Streamyx Tanpa Had
- Peti Sejuk
- Set sofa kulit
- Meja makan (6 dudukan)
- Cerek Elektrik
- Ketuhar Gelombang Microwave
- Peralatan dapur asas seperti pinggan mangkuk, sudu garfu, dan lain-lain.
- Ruang pakir memuatkan 2 + 1 kereta
Bilik
Bilik tidur utama dan bilik belakang dilengkapi dengan katil bersais queen manakala bilik bujang pula dilengkapi dengan dua katil bujang. Setiap bilik dilengkapi dengan kipas siling manakala bilik utama turut dilengkapi dengan penyaman udara.
Harga
Kadar harga ialah rm150 untuk 2 hari satu malam. Bagi penginapan untuk tempoh yang lebih lama, kadar potongan istimewa boleh dirundingkan.
Keselamatan
Pelangi Homestay dilengkapi jeriji keselamatan bagi setiap pintu dan juga tingkap. Pintu jeriji pula, ianya dilengkapi dengan tapak untuk memasang mangga kunci samada dari dalam mahupun dari luar bagi memastikan keselamatan tetamu. Tetamu juga SANGAT DIGALAKKAN untuk membawa mangga kunci sendiri bagi pagar, pintu utama dan pintu belakang.
Pertanyaan & Tempahan
Pertanyaan atau tempahan boleh dibuat melalui Pn Nisa di 019-9175690 atau emailkan kepada niknisal@yahoo.com dan salinan (cc) kepada niknisal@jompergi.com.
oleh fakrulrazi123
oleh fakrulrazi123
No comments:
Post a Comment